2011-05-10

UNIVERSITY SOCIAL RESPONSIBILITY-USR @ KUALA KANGSAR...

assalamualaikum dan selamat malam..

university social responsibility merupakan salah satu program khidmat masyarakat yang di jalankan di perkampungan yang terpilih di atas dasar Perdana Menteri Malaysia sendiri.dengan itu,Kediaman Siswa Semarak,Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur sekali lagi mengorak langkahnya dengan menganjurkan USR untuk kali yang ke-empat.

USR kali ini telah memilih Kampung Ketior di daerah Kuala Kangsar Perak.Pengarah program untuk kali ini iaitu saudara Khairrul Adzwan bin Abdullah telah memimpin program untuk kali ini.untuk memantapkan lagi program ini,mahasiswa kediaman siswa semarak yang tergolong dari Ahli Jawatankuasa Mahasiswa serta Penghuni KSS sendiri di pilih untuk menjadi ahli jawantankuasa untuk memantapkan dan melancarkan program kali ini.

untuk menyiapkan kerja-kerja yang telah di tetapkan mereka telah menjalankan gerak kerja dari awal lagi untuk memudahkan kerja mereka.program USR ini berlangsung pada 12Mei sehingga 15 Mei.gerak kerja untuk kali ini amat singkat dengan ini mereka berhempas pulas menyiapkan amanah yang telah di berikan kepada mereka sebaik yang mungkin..masing-masing menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

syabas di ucapkan kepada semua khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam menggerakkan program ini..ucapan semoga maju jaya kepada semua tenaga kerja serta untuk peserta yang terlibat dalam menjayakna program ini.Ucapan SEMOGA MAJU JAYA juga kepada saudara KHAIRRUL ADZWAN ABDULLAH..semoga program anda berjalan dengan lancar dan segala urusan di permudahkan oleh-Nya.

antara aktiviti yang akan di jalankan ialah INTERNET DESA,CERAMAH MOTIVASI,KENDURI SEKAMPUNG,SUKANEKA dan sebagainya.aktiviti ini dirancang bagi memeriahkan lagi program yang bakal di jalankan tidak lama lagi..

sekian melaporkan dari PSZ..saya muhamad zulhilmi melaporkan...


No comments:

Post a Comment