2012-05-29

bile di minta untuk bercerita

assalamualaikum w.b.t

bile aku di minta untuk bercerita perihal semasa berada di tanah suci selama 2 minggu bermula 12 Mei - 24 Mei 2012 yang lalu.Ini merupakan program GOP yang telah di rangka selama 2 tahun lamenye.aku beranggapan bahawa program seperti memerlukan ketahanan mental dan kesabaran yang tinggi.ingin menjejakkan kaki di tempat yang semua orang nak pergi ni memang sangat mencabar.

namun Alhamdulillah kerana Allah s.w.t sudi menjemput kami untuk menjadi salah seorang tetamu di rumah-Nya yang sangat mulia.dan bile program dah berakhir aku sedar bahawa hati aku masih belum berakhir.perasaan aku masih belum puas untuk berada disana.setiap sujud aku sentiasa terkenangkan suasana semasa berada di sana.huhu..ok aku share la sikit gambo sepanjang kat sane ye..please enjoy.:

 menjalani kursus umrah di travel agency

 setelah sampai di Jeddah Airport we need to wait around 1 hour to start our journey to Medina

 semasa berada di Masjid Quba'

 berada di Bukit Uhud

my dear sisters at masjid nabawi

with students fromUniversity of Medina at Hotel Lobby

the view of masjidil haram..

subhanallah.

people are waiting for solah

im trying to speak for this programme

he gave the food for this camel..hahaha

the wind blow really hard...but the best memory..hehe

botak <3 with kak ros at Jeddah Airport

malunya..tak tahu sape yang amik.saje meluangkan masa dengan membaca al-quran..huhu

masih merindui dan akan tetap merindui..memasang niat untuk membuka perniagaan di sana..mohon doanya ye..hehe

do i need it

assalamualaikum w.b.t

Allah jadikan malam kepada manusia untuk berehat serta untuk beribadah..dan aku pulak sekarang masih kuat dan utuh membiarkan jemari ku menari-nari di atas key board komputer di samping membenarkan akal ku untuk terus berfikir menyusun ayat kemas dan tersusun.maaf jika terkadang bahasa melayu aku ni terabur sikit..maklumla di universiti tiada lagi guru bahasa yang akan membetulkan kesalahan bahasa yang digunakan baik melayu mahupun inggeris..

salah satu punca aku tak bisa tidur malam ini adalah di sebabkan mandi terlalu lambat.mungkin sudah menjadi kebiasaan agaknya..jika di fikirkan semula perlukah aku berkongsi pengalaman itu.huhu..bukan aku tidak sudi tapi terasa sukar untuk di luahkan dengan kata-kata..sukar di jelaskan dengan perasaan.namun alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana sudi menjemput kami untuk menjadi tetamu di rumahNya.

sekarang detik menunjukkan tepat jam 03.01 pagi di malaysia dan 10.02 malam waktu di mekah insyaAllah.rindu masih mengcengkam jiwa.aku rasa bukan aku sahaja yang turut merasakan perkara yang sama.huhu..mungkin menjadi kebiasaan mereka yang di jemput Allah untuk menjadi tetamuNya akan berperasaan seperti kami..harapnya

harapanya juga semoga kami sentiasa merinduinya.nak di jelaskan terasa sukar.nak di luahkan pulak terasa payah.seakan ada sesuatu yang tidak membenarkannya.sejuta kemaafan aku pohon pada kalian..cukupla sekadar perkongsian seperti ini.harap anda mengerti..rindu sentiasa mengcengkam kalbu.namun banyak perkara yang harus aku fokuskan ketika ini.

apa yang telah berlaku biarkan ia berlaku.namun kenangan ini amat sukar untuk di lupakan..jika ada kata yang lebih manis akan aku ucapkan disini.semoga kita semua dapat merasakan kemanisan itu.insyaAllah aku dalam proses mengenal kembali diri aku.mohon tunjuk ajar dari semua ya..insyaAllah bak kata seorang kawan ku di facebook satu ilmu yang di kongsi akan menjadi 2.waa kuasa ilmu..subhanallah..

fuhhh...maaf andai terkasar bahasa..hikhik..ayat baru..katil telah memanggil manggil nama ku..waktu untuk tidur.pada mereka yang sudi membace entry ini.terima kasih ye..maaf jika ayat ini tidak bole bla..haha..memang kadang aku ni puitis sikit..nak nak pagi pagi macam ni..ayat jiwang semua keluar serentak..ya ampun..jangan tergelak jangan ketawa..hahaha..ok la see u di ipt ok..insyaAllah..

miss them all..huhu..=') sweet dreams blogger..cewaahh..walaweehhh..

2012-05-28

just sharing....

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah masih di berikan kesempatan dan kekuatan untuk menulis entry pada hari ni.cuaca pada tengah hari ini sangat baik.di tambah kegembiraan menyambut mahasiswa baharu dari seluruh pelosok negeri yang mempunyai latar belakang yang berbeza.namun mereka semua sama iaitu untuk berjihad menuntut ilmu.semoga Allah permudahkan segala urusan dan niat murni mereka.

namun bukan ini yang aku ingin kongsikan.perkara yang aku ingin kongsikan ialah pengalaman berpuasa di tanah suci.ingatan itu masih segar hingga kini..semoga Allah tidak meluputkan segala kenangan semasa berada di sana..dan semoga Allah kekalkan niat hambaNya ini untuk menjejakkan kaki ke rumahNya..dan semoga Allah sudi menerima aku sebagai tetamuNya.insyaAllah

berbalik kepada tujuan..memori berpuasa di tanah suci sangat-sangat aku rindui.dugaan sepanjang berpuasa di sana sangat tinggi..dengan cuaca yang mencecah 47 celcius kepanasan yang tidak biasa aku lalui sepanjang menetap di malaysia dapat aku rasakan disana.namun aku harus kuat dalam menempuhi ujian yang sementara itu.dan alhamdulillah kami mampu menempuhinya.

air zam-zam yang berada di merata-rata kawasan masjid seakan berbisik lembut memanggil kami..di tambah pada waktu itu kami menjalani ibadah umrah yang keberaka kalinya.namun alhamdulillah kami kuat dan mampu menyelesaikan ibadah puasa kami hingga sampai pada waktu yang paling menggembirakan bagi mereka yang berpuasa.semoga ibadah puasa kami di terima oleh Mu ya Allah..

insyaAllah..no more ideas adiosa amigos..

2012-05-27

kesempatan

assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..terima ya Allah kerana masih memberikan daku kesempatan untuk bernafas di bumi Mu ini..dan masih di berikan kesempatan untuk menyampai ayat-ayat yang tidak seberapa.sekadar perkongsian.saya bukanlah penulis yang bisa menulis entry yang indah lagi puitis.saya juga bukan ustaz yang bisa menulis entry agama dan dakwah dengan bagus.

namun,insyaAllah saya akan mencuba sebaik mungkin untuk menyampaikan apa yang saya tahu.Dan alhamdulillah hari ini saya di berikan waktu untuk menaip sedikit entry atas dorongan diri sendiri.rasanya sudah lama saya meninggalkan blog ini.namun hari ini insyaAllah saya di berikan kekuatan,keyakinan untuk menulis sesuatu walaupun pada asalnya entry saya ini tidak lah menarik.

lagi beberapa hari insyaAllah semester baru akan bermula.dan saya masih meneruskan pengajian seperti biasa.namun terdapat perbezaan pada semester ini.tidak perlulah saya  katakan disini.mohon doa kalian semoga saya kuat dan tabah untuk meneruskan pengajian pada kali ini.tiada lagi teman untuk berbicara dan mengadu.Selain Allah dan ibu bapa,teman-teman seperjuangan telah selamat menghabiskan pengajian mereka.

redha itu ikhlas.insyaAllah..semuanya telah tertulis..sebagai seorang islam saya tidak patut menyerah.namun kekosongan tu masih terasa tanpa teman di sisi.huhuhu..carta kehidupan.setiap pertemuan pasti ada perpisahan.semoga persahabatan yang terjalin dan terbina ikhlas  kerana Allah..

rindu kadang tidak perlu di ucap.sayang tidak perlu di luah..huhu..entah..sampai kat sini je kot..insyaAllah kalau di panjang umur dan ada kelapangan saya akan hidupkan balik blog saya ni..

berpisah dan bertemu kerana Allah..,=')
sang perindu....