2012-05-29

do i need it

assalamualaikum w.b.t

Allah jadikan malam kepada manusia untuk berehat serta untuk beribadah..dan aku pulak sekarang masih kuat dan utuh membiarkan jemari ku menari-nari di atas key board komputer di samping membenarkan akal ku untuk terus berfikir menyusun ayat kemas dan tersusun.maaf jika terkadang bahasa melayu aku ni terabur sikit..maklumla di universiti tiada lagi guru bahasa yang akan membetulkan kesalahan bahasa yang digunakan baik melayu mahupun inggeris..

salah satu punca aku tak bisa tidur malam ini adalah di sebabkan mandi terlalu lambat.mungkin sudah menjadi kebiasaan agaknya..jika di fikirkan semula perlukah aku berkongsi pengalaman itu.huhu..bukan aku tidak sudi tapi terasa sukar untuk di luahkan dengan kata-kata..sukar di jelaskan dengan perasaan.namun alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana sudi menjemput kami untuk menjadi tetamu di rumahNya.

sekarang detik menunjukkan tepat jam 03.01 pagi di malaysia dan 10.02 malam waktu di mekah insyaAllah.rindu masih mengcengkam jiwa.aku rasa bukan aku sahaja yang turut merasakan perkara yang sama.huhu..mungkin menjadi kebiasaan mereka yang di jemput Allah untuk menjadi tetamuNya akan berperasaan seperti kami..harapnya

harapanya juga semoga kami sentiasa merinduinya.nak di jelaskan terasa sukar.nak di luahkan pulak terasa payah.seakan ada sesuatu yang tidak membenarkannya.sejuta kemaafan aku pohon pada kalian..cukupla sekadar perkongsian seperti ini.harap anda mengerti..rindu sentiasa mengcengkam kalbu.namun banyak perkara yang harus aku fokuskan ketika ini.

apa yang telah berlaku biarkan ia berlaku.namun kenangan ini amat sukar untuk di lupakan..jika ada kata yang lebih manis akan aku ucapkan disini.semoga kita semua dapat merasakan kemanisan itu.insyaAllah aku dalam proses mengenal kembali diri aku.mohon tunjuk ajar dari semua ya..insyaAllah bak kata seorang kawan ku di facebook satu ilmu yang di kongsi akan menjadi 2.waa kuasa ilmu..subhanallah..

fuhhh...maaf andai terkasar bahasa..hikhik..ayat baru..katil telah memanggil manggil nama ku..waktu untuk tidur.pada mereka yang sudi membace entry ini.terima kasih ye..maaf jika ayat ini tidak bole bla..haha..memang kadang aku ni puitis sikit..nak nak pagi pagi macam ni..ayat jiwang semua keluar serentak..ya ampun..jangan tergelak jangan ketawa..hahaha..ok la see u di ipt ok..insyaAllah..

miss them all..huhu..=') sweet dreams blogger..cewaahh..walaweehhh..

No comments:

Post a Comment