2011-07-21

internet itu makhluk Allah itu khalik

internet itu hanya makhluk,sesuatu yang di cipta.Allah adalah khalik yang bermaksud pencipta.tidak di nafikan internet dan alat yang berkaitan dengannya seperti diod adalah ciptaan hebat.ia berkembang dengan drastik cukup pantas berubah daripada sebesar rumah kepada bersaiz telapak tangan.

telefon bimbit pula mengekses internet tanpa wayar.diramalkan kuala lumpur akan menjadi kota raya tanpa wayar.saiz dunia umpama sebesar kampung.dunia juga bagaikan rata,bukan lagi spera.jika flinston hidup pada zaman ini,tentu die terpegun dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi ini.

namun begitu,manusia sering terpegun dan terpukau dengan ciptaan manusia melebihi rasa terpegun dan kagum kepada maha pencipta,tuhan semesta alam.ramai orang kagum dengan bangunan pencakar langit,namun kurang kagum dengan pencipta langit.ramai yang kagum dengan kolam renang dalam taman,namun kurang kagum dengan air yang memenuhi kolam tersebut dan tuhan yang menghidupkan tumbuhan di dalam taman.

selain itu,manusia juga sering terpegun kepada perkara yang tidak pernah di lihat.kemudan mudah pula berasa jemu.pelancong dari khatulistiwa yang pertama kali melihat banjaran gunung yang diliputi salji tentu akan berasa kagum.namun,rasa kagum akan melentur selepas beberapa kali menyaksikannya.

pengunjung zoo mudah terpegun dengan penguin,harimau yang tidak pernah di lihat seumur hidup.namun,tidak hairan melihat ayam ayam di zoo kerana melihat puluhan ayam di belakang rumah.bukankah ayam itu hebat ciptaan dan kejadianya?pemelihara ayam tidak mampu memanjangkan bulunya,menambahkan dagingnya,membolehkannya bertelur dan sebagainya.

begitu juga dengan diri kita,ciptaan makhluk terhebat di muka bumi.begitu juga dengan internet yang menyimpan 1001 tanda kebesaran tuhan.siapakah pencipta elektron dalam arus eletrik apabila suis di buka dan elektron yang membantu menghantar data?sudah tentu Allah..

Allah yang mengizinkan kita mengekses internet dan yang mencipta manusia yang menciptakan internet.oleh itu,apabila timbul rasa kagum kepada sebarang pertemuan,ucapakn MASYA ALLAH yang membawa maksud Allah yang mengizinkan atau Allah yang menganugerahkan.ia adalah perkara yang di ajar oleh Nabi Muhammad.

selain itu,kita juga mudah berasa kagum dengan teknologi yang sofisiketed,manusia juga mudah kagum dengan kehebatan manusia dari segi kekayaan dan kecantikkan.bukankah Qarun dahulunya kaya,tetapi mati dalam keadaan hina?bukankah firaun dahulunya berkuasa dan tampan bergaya,tetapi akhirnya mati dalam keadaan hina?kekayaan dan kecantikkan itu bersifat sementara.

kecantikkan manusia lenyap dalam masa beberapa hari selepas di kuburkan.hanya tinggal tengkorak dan tulang belulang.dalam hadi yang di rekodkan Tarmizi dan Muslim,nabi berkata "Sesungguhnya Allah tidak memandang jasad dan rupa kamu tetapi Dia memandang kepada hati kamu'.sudah tentu internet,pereka cipta dan penggunanya adalah makhluk manakala Allah(khalik) kekal selamanya

No comments:

Post a Comment