2011-05-10

.....kesunyian.....

kisah bermula pabila aku di tinggalkan sendirian...sendirian..sendirian..terasa terasing dari segala-galanya..entah hati aku sedang berkecamuk..bermacam-macam masalah yang harus aku selesaikan..yes selesaikan...namun kekuatan yang aku perlukan masih kurang dan rapuh...seperti dahan kayu yang menunggu saa untuk jatuh menyembah bumi..

tapi aku perlu mencari kekuatan itu?tapi dimana?masih tertanya-tanya...masih berfikir tentang itu...semoga aku menemui kekuatan ku secepat yang mungkin...secepat yang mungkin..agar senyuman yang betul-betul ikhlas mampu aku ukirkan di saat ini..bukan untuk ku...tapi untuk orang disekeliling ku..sukar untuk aku ukirkan saat ini...aku cuba sedaya upaya..yes aku mesti cube..tidak salah mencube..

jangan terlampau mengikut sangat perasaan...duhai hati...jangan pernah bersedih kerana kita  masih mempunyai dua mata,dua telinga,dua bibir,dua tangan,dua kaki,lidah dan hati serta kedamaian kesihatan serta keamanan...sesungguhnya tika ini aku hanya memerlukan senyuman,wajah yang ceria,hati yang lapang...semoga aku mendapatkanya..

namun aku mengerti tidak selamanya rasa sakit itu tidak berharga sehingga harus di benci.kerana kemungkinan rasa sakit itu justeru akan mendatangkan kebaikan bagi seseorang kerana kesengsaraan itu penuh hikmah...namun perasaan ku ini masih berkecamuk..aku pun tak tahu apa yang menghimpit perasaan ku..sesungguhnya dunia ini terlalu hina untuk di tangisi.aku tidak mahu menangisinya..

biarkan saja hatiku menangis..cukup sekadar hatiku menangis..hanya aku yang mampu selami perasaan ku sendiri..dan hanya Allah s.w.t yang mengetahui isi hati hamba-Nya..kerana Dia maha mengetahui tentang segala-galanya..ku tutup mataku mencari segala akar permasalahan ini..namun tidak ku temu..namun hanya air yang ku siramkan sehinggakan akar itu menjadi subur dan terus menerpa hatiku... 

sudah..ikutkan hati mati..ikutkan rasa binasa..semoga keputusan yang diambil adalah keputusan yang tepat..dan semoga setiap keputusan yang aku buat diredhai oleh Mu Ya Allah..permudahkan urusanku..urusan sahabat-sahabatku..urusan orang disekelilingku..

senyum..senyum..senyum..

No comments:

Post a Comment