2011-05-29

berhempas pulas

assalamualaikum dan salam sejahtera..

setelah tiga hari menjalani kursus MINGGU TRANSFORMASI MAHASISWA yang bertujuan bagi menyambut kedatangan mahasiswa serta nahasiswi baru ke UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA INTERNATIONAL CAMPUS KUALA LUMPUR pada 29 MEI ini.sepanjang perjalanan kursus berlangsung pelbagai pengalaman yang dapat di kumpulkan.alhamdullillah walaupun agak memenatkan namun suasanan yang bekerja yang gembira dan tidak berada di dalam tekanan membuatkan kami gembira untuk bekerja.

pengalaman yang paling manis adalah sewaktu dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat yang baru..dan alhamdullillah juga mereka ini sangat mesra dan mudah untuk memberikan kerjasama.senang dan mudah untuk bekerja di dalam kumpulan yang mudah untuk memberikan kerjasama.dengan ini setiap perjalanan akan  menjadi lebih lancar.biasa la lumrah kehidupan tentu ada mereka-mereka yang tidak berpuas hati di antara satu dengan yang lain.namun di harapkan kita dapat menjadi seorang yang professional sewaktu bekerja.InsyaAllah.
sepanjang 3 hari kursus berlangsung banyak pendedahan yang di perolehi.berada dalam bahagian protokol dan seranta adalah satu tugas yang amat memenatkan.namun kerana minat aku sanggup lakukan apa saya.walaupun sekarang agak keletihan namun aku masih terpaksa untuk bersengkang mata untuk menyiapkan teks yang di perlukan untuk setiap majlis rasmi yang telah di jadualkan di dalam atur cara majlis.semoga di permudahkan urusan.insyaAllah.

antara sahabat-sahabat yang bekerja dalam bahagian seranta dan protokol ini ialah saudari qila selaku ketua,saudari azie,saudara ikhwan,saudara halim,saudara razi,saudara adly,saudara zaim dan terima kasih di ucapkan kepada semua crew MTM yang terlibat kerana sudi membantu kami.jam sekarang dah menunjukkan tepat pukul 2.30 pagi...aku kena kuatkan diri untuk aku siapkan checklist.checklist adalah satu perkara yang amat penting.aku sering memperiingatkan sewaktu menjalani program,semoga tiada yang tertinggal...namun aku selaku seorang manusia sering melakukan kekhilafan.jadi di harap agar di maafkan setiap kekhilafan yang di lakukan
akhir kata dari saya.selamat maju jaya kepada semua crew MTM yang terlibat.lakukan yang terbaik..semoga kite dapat bekerjasa untuk mempastikan program berjalan dengan lancar.




No comments:

Post a Comment