2011-12-06

carta kehidupan manusia

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

sedang aku membaca majalah solusi isu 38 aku terbaca tentang check point kehidupan manusia..so bagi yang tak berkesempatan nak beli tu aku share kan sikit kat blog aku ni..sekadar perkongsian jerk..insyaAllah..kalau nak lebih lagi jangan lupa beli SOLUSI isu 38 ye..



  • kisah kehidupan kita sebagai manusia bermula di alam roh.
masihkah kite semua ingat "aku janji" kita dengan Pencipta kita?saat Allah berfirman yang bermaksud:"Bukankah aku ini Tuhanmu?",kita semua menjawab yakin:"benar(Engkau Tuhan kami),kami menjadi saksi."(surah al-a'raf:7:172 


  • seterusnya kita ke tempat yang paling selamat iaitu ke ALAM RAHIM.nyawa mula ditiupkan semasa bayi berada dalam kandungan.

  • dan seterusnya kite bergerak ke DUNIA..dunia tidak ubah seperti sebuah "kenderaan" yang membawa musafir ke alam akhirat.istilah musafir ini dengan bekal yang bakal menyelamatkan kita menempuh check-point yang seterusnya yang jauh lebih mencabar
  • SAKARATUL MAUT..
 jangan disangk apabila sudah hampir terpisah nyawa dari jasad,ujian dah berakhir..boleh tahan juga ujian kala sakaratul maut..di uji antara iman dan kufur..subhanallah..

ALAM KUBUR..
  • kita hanya bersendirian tidak berteman..terasing dan sepi..inilah perhentian sementara menunggu detik khiamat..awas,jangan menganggu kawan sebelah dengan teriakan sendiri dek azab,nauzubillah..
 TIUPAN SANGKAKALA
  • tiupan pertama akan mematikan semua makhluk kecuali Allah dan malaikat Israfil..
DI HIDUPKAN SEMULA
  • tiupan kali kedua akan menghidupkan kembali yang telah mati.jangan sangka mayat yang sudah hancur di mamah bumi dan tulang temulang yang bersepah sana sini tidak mampu dibangkitkan oleh Allah..
PADANG MASYAR
  • tempat di mana kita di himpunkan semula..kita akan menempuh :
SYAFAAT-manusia memohon syafaat dari para nabi hingga akhirnya hanya Rasul akhir zaman sahaja yang mampu memberi syafaat.
PENYERAHAN KITAB-kiri atau kanan???wait n c..
HISAB:di sini manusia akan menanggung dan menjawab(tanggungjawab) setiap perbuatan di dunia..sega;a aktiviti di dunia akan di tayangkan semula...
MIZAN:segala kebaikan yang di lakukan walau sebesar biji sawi pun ada sahamnya menerusi neraca ini..juga amalan kejahatan..
TELAGA (AL-HAUD)-hanya insan terpilih sahaja yang mampu melegakan tekak meneguk air dari telaga Nabi ini...


TITIAN SIRAT...
  • titian yang merentangi neraka jahanam..ketebalanya lebih tipis dari rambut malah lebih tajam dari pedang..inilah satu-satunya jalan menuju syurga..titian in lurus tidak bengkok dan bercabang namun orang kafir akan tetap gagal melintasinya...
DESTINASI TERAKHIR.
  • syurga @ neraka?
subhanallah..

No comments:

Post a Comment