2011-06-28

fobia?

assalamualaikum w.b.t

fobia?ok definasi fobia adalah dimana pesakit mengalami ketakutan yang tidak wajar atau tidak rasional (irrational fears) terhadap sesuatu benda atau situasi yang khusus.Ia juga dikaitkan dengan pengalaman yang lalu atau pelaziman (conditioning) dimana rangsangan (stimulus) yang neutral dikaitkan dengan rasa takut atau cemas apabila mereka terdedah dengan situasi yang sama.Fobia adalah sebahagian daripada gejala penyakit jiwa yang lain seperti kemurungan (anxiety disorders).umumnya ketakutan terbahagi dua iaitu takut biasa (normal fears) dan takut luarbiasa (abnormal fears).

-Fobia biasa dikatakan jarang sekali berlaku. Antara ciri-cirinya adalah takut  pada ular,kegelapan,lif,menaiki kapalterbang atau berada ditempat tinggi.
-Fobia Agora biasanya bagi mereka yang takut berada di tempat-tempat umum  seperti pasar,dalam bas,atau jambatan atau keadaan bersesak-sesak dengan  orang ramai.
-Fobia sosial berlaku apabila seseorang itu merasa takut,tidak selesa dan  cemas dalam situasi seperti perjumpaan,berinteraksi dengan rakan atau makan  di khalayak ramai.
Langkah pencegahan.
-Penghidap seharusnya tidak mengelakkan diri daripada berhadapan dengan   situasi yang ditakuti.
-Yakinkan diri bahawa tiada bahaya akan menimpa anda.
-Teknik relaks (relaxation techniques).
-Tumpukan perhatian dan fikiran pada sesuatu yang positif bagi membantu  meneutralkan perasaan bimbang atau takut yang dialami
Komplikasi.
-Kemurungan (depression).
-Gangguan dari aspek aktiviti harian atau sosial.
-Panik.
-Mengambil minuman keras secara berlebihan.
-Merasa rendah diri (inferiority complex) dan tidak mempunyai ramai kawan.

dalam kes aku ni pulak..hm tak tau la nak di definasikan sebagai fobia atau ape..tapi aku amat alah dengan :

 belon!!!!hahahaha..sangat-sangat tak selesa bile berdekatan dengan
 belon..ingat lagi mase tyme KURSUS PEMANTAPAN JKM...semua diminta untuk memecahkan belon dengan meniup belon tu..tapi bile sampai part aku..haha..aku tak tiup pown,...aku senyap jerk sorang-sorang..semua push aku suh pecahkan...aku antara yahg last meniup belon tu..sumpah waktu tu aku nak jerk aku menangis macam baby ni..bukan nak menangis..tapi air mate aku memang dah jatuh dah pown..haha

punye la aku cuak tyme tu..last kali aku pakse jugak diri aku untuk tipu..tyme tu aku ingat Allah Allah Allah..selawat banyak-banyak then baru aku tiup..then bile aku tiup last-last tak besar mane pown dah pecah...hahaha..alhamdullillah..tak dapat aku sembunyikan wajah aku yang dah berair tu..hahaha..malu betol la wei..tiup belon pown ta bole..

then sekarang aku masih tak suke dengan belon ok..no no no..tak tau la kenape aku tak suke sangat belon nie..tapi yang penting jangan bagi aku belon ok..aku tak nak..dan aku tak hingin..haha..belon belon...ko berjaye menjatuhkan air mate ku..berharga tau..

No comments:

Post a Comment