2011-04-11

siapakah dia yang sering mewarnai hariku
seolah-olah matahari tersenyum manja kepadaku
dengan hanya senyuman manisnya

siapakah dia yang selalu membuatkan
jantungku berdegup kencang
dengan akhlaknya yang terpelihara

siapakah dia yang membuat lidahku kelu
untuk menyapanya setiap kali bertemu
dek kehalusan suaranya

siapakah dia yang sering kali
membuatkan aku hampa setiap kali terlepas
dari melihat senyuman manisnya

siapkah yang dia yang serinng menjadi
peneman tika tidurku
menjadi cerita dalam mimpiku

siapakah dia yang sering membuatkan
aku dibuai rasa rindu dengan keindahan agamanya
yang diinginkan oleh setiap jejaka

siapakh dia yang membuatkan aku
patah hati pabila mengetahui
dirinya sudah berkasih

siapakh dia yang membuatkan
hatiku luluh dan hancur
sakit dan kosong
kudus dan gelap
saat mengetahui kamu sudah bertunang dengan nya

namun apakan daya
aku tetap bersyukur kerana mengenalimu
meminatimu

semoga bidadari syurga menjadi penemanku
semoga dikau berbahagia disamping dia..
semoga dia menjagamu dan sentiasa menghormatimu...


No comments:

Post a Comment