2011-12-31

~NeW yEaR IS CoMing~

assALamuAlAikum w.bT



pejam celik pejam celik kite semua dah hampir melangkah ke tahun 2012.alhamdulillah kite semua masih diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan kite atas izin Allah s.w.t.selamat tinggal 2011 and welcome 2012..hehe..hanya beberapa jam lagi 2011 akan meninggalkan kite semua..tahun baru islam pun dah sebulan menjelma sekarang dah masuk bulan safar dah kan?hehe



ok la..kebiasaannya bile dah masuk NEW YEAR ni kan semua orang mesti ade AZAM baru kan?so,azam tahun baru kowunk ape?azam tahun lepas dah tercapai ke belom?kalau tanye aku la..azam tahun lepas aku baru 50% tercapai.tapi alhamdulillah la aku masih berpuas hati dengannya.bersyukur lah kan at least 50% berjaya.hahahaha

then azam tahun baru aku untuk tahun 2012 ni same jerk dengan yang lepas nak jadi manusia yang berjaya,anak yang soleh..hehe...and hajat aku jugak nak ade my own bakery shop la..ok tak??haha..so,skunk aku kena kutip sebanyak mana pengalaman sementara aku masih diberikan peluang ni..so nak gunekan sebaik-baik mungkin.insyaAllah

bile bercakap tentang tahun 2011 ni tentu banyak meninggalkan kenangan kat kite semua kan?hm tapi aku malas nak menceritakan perihal kenangan ni..kalau boleh aku nak lupekan semua tu..hahahaha..bukanye ape..hehe.

yes 50% azam tahun baru aku dah tercapai..
mane aku letak lagi 50% ea???hmm..still thinking..

kepade sesiapa yang nak p celebrate new year kat mane-mane nanti ingat yerk JAGE ADAB,JAGE BATASAN PERGAULAN,JAGE SEGALA-GALANYA BAIK LELAKI MAHUPUN PEREMPUAN.jangan nanti sampai bulan 10 jerk ade jerk kes-kes pembuangan bayi kat malaysia ni.nauzubillah..banyak aktiviti menarik yang telah disediakan untuk kowunk malam nikan..ade ceramah agama,ade konsert dan macam-macam la..so gunekan akal anda..tepuk dada tanye iman la..mane 1 pilihan kowunk..hehe...cewahh cakap orang pandai kan..aku ni macam mane lak???biarlah rahsia k..tapi insyaAllah aku stay bilik jerk kot..nak kena siapkan kek..haha..esok bos nak datang amik..hahahaha..


pilihan terletak ditangan anda..bukan aku..hahaha

rasa macam aku sedang menaip karangan la pula..terasa begitu skema sekali ayat-ayat aku di atas sana..tidak mengapa.belajar menjadi seorang editor..hahaha...bahasa jiwa bangsa..yeah!!!!


ade kaitan dengan new year ke???hm tak pe sekadar perkongsian..hahahaha

got to go..nak p kerja pulak..maklumla..hahaha ok semua


HAPPY NEW YEAR EVERYONE!!!


2011-12-26

nak maggi sob sob

assalamualaikum..ada orang tak kat dalam..saye datang nak beli maggi..hehe
 tok se maggi ni tak sedap..muak..huhu

gilo gilo..buleh jadi gile aku..tetibe jerk teringin nak makan maggi..maggi mentah..sejak 2 kapan ni kan aku memang selalu makan maggi mentah..sebab 1st malas nak masak la kan..haha...lagipun makan maggi yang di masak muak la..tak sedap..dah la tak ade telur dan sos.lagi tak mengancam..last-last aku makan maggi mentah..phht ade ummppphh...

so sekarang im craving for maggi..nak makan sangat..yummy yummy..rase macam tak dapat tidow kalo tak makan maggi..huhu..sedihnye..nak pegi bilik ke bilik segan..nak telipon kawan malu..last last aku gak yang merana..tula orang tue ade cakap lau malu lapar..ha macam aku la..malu sangat..hahahahaha

dah la..merajuk la..nak merajuk jugak..bye

2011-12-16

time passes by guccy

assalamualaikum w.b.t

olo olo olo...what a tired day..dah empat hari masa berlalu..sekejap je rase kan..pejam celik pejam celik dan 4 hari dah aku kerja kat kiosk UTM tu..sementara kelas tak banyak ni so aku rasa baik aku luangkan masa dengan bekerja..dapat duit saving la ye..dapat cepatkan masa nak kawin t..haha..banyak r aku nak kawin..kalau boleh lepas aku berbakti kat pemeli aku dulu r an..haha

and thanx to  Allah s.w.t sebab permudahkan urusan aku..hehe..and thanx also to kak syidah coz she helped me to asked for that job..ala kerja aku simple jerk..BINDING,PHOTOSTATE dan sebagainya..haha..and for your information,1st day aku kerja kan aku dah terlewat..haha..5 minute jerk..keh keh...maklumla selama ni aku bangun bile matahari mula menyinar ke bumi ni..tapi ni bile dah kerja 6.30 pagi dah bangun..7.30 dah gerak ke tempat kerja..ala bukanya jauh sangat pun kan..

and the 1st day aku kerja,aku kena susun air dalam peti es,then lepas tu ada la brother tu mintak aku binding 30 buah buku setebal alam..alhamdulillah la aku dah biasa buat..tapi biasa la..aku kadang tersalah bind jugak la..hehe..terbalik..salah kedudukan..hahaha..ngek kan aku..dan itulah kerja aku tiap-tiap hari..and tiap-tiap hari jugak la orang tanye 'ko kerja sini ke? aku jawab..'ye kot'..cewahhhh..hahahaha

2011-12-06

carta kehidupan manusia

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

sedang aku membaca majalah solusi isu 38 aku terbaca tentang check point kehidupan manusia..so bagi yang tak berkesempatan nak beli tu aku share kan sikit kat blog aku ni..sekadar perkongsian jerk..insyaAllah..kalau nak lebih lagi jangan lupa beli SOLUSI isu 38 ye..



  • kisah kehidupan kita sebagai manusia bermula di alam roh.
masihkah kite semua ingat "aku janji" kita dengan Pencipta kita?saat Allah berfirman yang bermaksud:"Bukankah aku ini Tuhanmu?",kita semua menjawab yakin:"benar(Engkau Tuhan kami),kami menjadi saksi."(surah al-a'raf:7:172 


  • seterusnya kita ke tempat yang paling selamat iaitu ke ALAM RAHIM.nyawa mula ditiupkan semasa bayi berada dalam kandungan.

  • dan seterusnya kite bergerak ke DUNIA..dunia tidak ubah seperti sebuah "kenderaan" yang membawa musafir ke alam akhirat.istilah musafir ini dengan bekal yang bakal menyelamatkan kita menempuh check-point yang seterusnya yang jauh lebih mencabar
  • SAKARATUL MAUT..
 jangan disangk apabila sudah hampir terpisah nyawa dari jasad,ujian dah berakhir..boleh tahan juga ujian kala sakaratul maut..di uji antara iman dan kufur..subhanallah..

ALAM KUBUR..
  • kita hanya bersendirian tidak berteman..terasing dan sepi..inilah perhentian sementara menunggu detik khiamat..awas,jangan menganggu kawan sebelah dengan teriakan sendiri dek azab,nauzubillah..
 TIUPAN SANGKAKALA
  • tiupan pertama akan mematikan semua makhluk kecuali Allah dan malaikat Israfil..
DI HIDUPKAN SEMULA
  • tiupan kali kedua akan menghidupkan kembali yang telah mati.jangan sangka mayat yang sudah hancur di mamah bumi dan tulang temulang yang bersepah sana sini tidak mampu dibangkitkan oleh Allah..
PADANG MASYAR
  • tempat di mana kita di himpunkan semula..kita akan menempuh :
SYAFAAT-manusia memohon syafaat dari para nabi hingga akhirnya hanya Rasul akhir zaman sahaja yang mampu memberi syafaat.
PENYERAHAN KITAB-kiri atau kanan???wait n c..
HISAB:di sini manusia akan menanggung dan menjawab(tanggungjawab) setiap perbuatan di dunia..sega;a aktiviti di dunia akan di tayangkan semula...
MIZAN:segala kebaikan yang di lakukan walau sebesar biji sawi pun ada sahamnya menerusi neraca ini..juga amalan kejahatan..
TELAGA (AL-HAUD)-hanya insan terpilih sahaja yang mampu melegakan tekak meneguk air dari telaga Nabi ini...


TITIAN SIRAT...
  • titian yang merentangi neraka jahanam..ketebalanya lebih tipis dari rambut malah lebih tajam dari pedang..inilah satu-satunya jalan menuju syurga..titian in lurus tidak bengkok dan bercabang namun orang kafir akan tetap gagal melintasinya...
DESTINASI TERAKHIR.
  • syurga @ neraka?
subhanallah..

terjumpe

<div style="background:url(http://snooglezoo.com/wp-content/gallery/cute-wallpapers-1024x768/owl-family.gif) no-repeat;">

hahaha..lepas ni boleh la buat entri letak wallpaper kat blakang..ikut  mood la kan..ni just percubaan jerk..tengah bosan tak ada kerja nak buat..ha cakap pasal kerja..aku masih menganggur lagi..hahaha...tak tau nak kerja ape..susah jugak jadi aku ni kan..hehe</div>

rokok rokok rokok!!!!!!

fakta menarik tentang rokok..sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri je..hehe

  • jumlah penduduk yang menghuni bumi di anggarkan seramai 6.5 billion..
  • dan jumlah orang islam di seluruh dunia adalah seramai 1.3 billion..alhamdulillah
  • jumlah perokok di dunia adalah seramai 1.15 billion.masyaAllah
  • jumlah orang islam yang merokok adalah seramai 400 juta..fuhyoo!!!
  • Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana.ish ish dah tau miskin nak hisap rokok lagi..haish!!cube berjimat..hehe.. 
  • Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia.masyaAllah..free-free jerk kan.. 
  • Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!aku ingat kan makin menurun tapi..hehe..
Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian:

  • Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
  • Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
  • Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
  • 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
  • Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.
  • Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.
  • Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
  • 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok.
  • 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.
Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:
Fakta sepintas lalu
  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
  • Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
  • Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
  • Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
  • Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.
Perspektif
  • Untuk mengatasi ancaman di mana semakin ramai remaja (10 tahun ke atas) dan bilangan perokok wanita yang semakin meningkat dalam kadar yang sangat membimbangkan
  • Mempergiatkan usaha untuk membenteras dan mencegah masalah ketagihan rokok perlu dilaksanakan segera dan berterusan
  • Bertindak secara lebih agresif bagi menangani ancaman masalah kesihatan ini secara bersungguh-sungguh memandangkan peratusan yang sangat tinggi kematian akibat penyakit yang berpunca dari ketagihan rokok.
  • Sebarang kempen yang memfokus kepada pencegahan dari tabiat merokok merupakan usaha dan keutamaan nasional dan menjadi teras kepada program kesihatan negara.
Tabiat merokok adalah satu penagihan
Tembakau mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan yang dipanggil nikotin. World Health - satu buletin yang ditaja oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dalam edisi bulan Julai-Ogos 1995, telah melaporkan bahawa nikotin menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh heroin dan kokain. Kadar berbalik dependen yang cuba untuk berhenti menggunakan nikotin, alkohol, kokain dan heroin secara kasarnya adalah sama, namun banyak yang melaporkan bahawa adalah lebih sukar untuk berhenti menggunakan tembakau, berbanding dengan pelbagai dadah haram yang lain, menurut buletin tersebut. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Mengenai Ketagihan dan Penyalahgunaan Substan di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, nikotin dianggap sebagai satu ambang dadah yang dikaitkan dengan penggunaan bahan haram. Menurut satu kajian, bagi orang dewasa yang mula merokok sebelum berusia 15 tahun, kemungkinan beliau menjadi seorang penagih dadah adalah tiga kali ganda. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang merokok setiap hari, kemungkinan dia menjadi penagih dadah, adalah 13 kali ganda jika dibandingkan dengan kanak-kanak tidak kerap merokok.

sumber dari:http://www.infosihat.gov.my/taknak/KempenTakNak.php


“ * umlah penduduk dunia – 6.5 billion. * Jumlah orang-orang Islam – 1.3 billion. * Jumlah perokok di dunia – 1.15 billion. * Jumlah Muslim yang merokok – lebih kurang 400 juta orang. (140 juta orang di Indonesia)”

Read more about Fakta Menarik Tentang Merokok. on:
http://faktafaktamenarik.com/fakta-menarik-tentang-merokok.html?utm_source=INK&utm_medium=copy&utm_campaign=share&
“ * umlah penduduk dunia – 6.5 billion. * Jumlah orang-orang Islam – 1.3 billion. * Jumlah perokok di dunia – 1.15 billion. * Jumlah Muslim yang merokok – lebih kurang 400 juta orang. (140 juta orang di Indonesia)”

Read more about Fakta Menarik Tentang Merokok. on:
http://faktafaktamenarik.com/fakta-menarik-tentang-merokok.html?utm_source=INK&utm_medium=copy&utm_campaign=share&
“ * umlah penduduk dunia – 6.5 billion. * Jumlah orang-orang Islam – 1.3 billion. * Jumlah perokok di dunia – 1.15 billion. * Jumlah Muslim yang merokok – lebih kurang 400 juta orang. (140 juta orang di Indonesia)”

Read more about Fakta Menarik Tentang Merokok. on:
http://faktafaktamenarik.com/fakta-menarik-tentang-merokok.html?utm_source=INK&utm_medium=copy&utm_campaign=share&

students dan rokoks..

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

entri ni di tulis di kala perut aku dah penuh..hehe..means baru jerk lepas makan maggi curry..urmm yum yum..maggi merupakan makanan wajib bagi student macam aku..haha..eh...story aku bukan pasal ni sebenarnya..aku nak citew pasal STUDENTS dan ROKOK...

dan 

entri aku pagi yang indah ini bukan nak menyinggung mana-mana pihak ye..mintak ampun mintak maaf ye...hehe..ok students dan rokok sangat sinonim..rokok bukan saje di hisap oleh golongan yang dah bekerja yang mempunyai pendapatan tetap sendiri tapi students pun memilih untuk menghisap rokok..tak salah pun hisap rokok asalkan tak menyusahkan hidup orang lain..

agak-agak la kan dalam sehari paling banyak berapa batang rokok yang boleh di habiskan??satu kotak??hmmm.dan harga rokok untuk setiap jenis rokok agak-agak berape??setiap brand berbeza harga kan??then kenyang ke hisap rokok??maklumla just hisap asap then keluarkan then hisap lagi..hm..lain la hisap then simpan dalam badan tu..boleh gak kenyang kan..hmm..

haha..aku jujur la kan..aku zaman budak-budak ngek dulu pun hisap rokok jugak..maklum la budak-budak ni keinginan untuk mencuba tu tinggi sangat..lagi pun dulu semua kawan-kawan aku semua merokok..so aku pun join sekali..1st time hisap hm..entah la tak tau nak cakap ape..haha..no feeling meh..haha..

betui ka rokok boleh hilangkan stress???hm..curious sangat-sangat .zaman sekarang ni baik lelaki mahupun perempuan semuanya merokok..hm..dunia dunia..ape nak jadi la..ish ish..


walaupun amaran telah di letakkan di setiap kotak rokok namun masih tidak mampu untuk menyedarkan perokok bahawa rokok itu membahayakan kesihatan..memang la kalau nak mati dah ajal mati jugak..tapi bukan mati sebab rokok la kan..hmm betol ke??hm ape-ape hal aku sambung lain kali..ngantuk la..jangan mare ye..

2011-12-05

i lOve MaCaROOns

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua
 excitednye aku sampai macam ni jadinye..hahahaha

alhamdullillah..akhirnya tercapai jugak aku hasrat aku nak buat macaroons..yeee haaaaaa!!!asyik bermimpi jerk nak buat macaroon yang comel lagi kiut tu..hehe..dan hari ni wallah aku dapat buat jugak..semalam aku sanggup pergi ke chow kit road yang spooky boogie tu semata-mata nak beli barang nak buat macaroons..tapi hampa..kedai tu tutup..mujur tak ada benda yang seram kat situ..hahahaha
 3 sehinggit??murah sangat kot..hahahaha

so,aku just beli barang kat UO jerk..hehe..then balik dengan perasaan gembira..sampai jerk kat UTM semuanya hampa..koop pulak tutp...aku nak beli kertas minyak..so koop dah tutup so aku bantutkan jerk niat aku nak buat macaroons ke hari ni..hehe..so hari ni hari yang terindah bagi aku..hehe..dapat buat macaroons sendiri..aku tak pernah makan pun makanan kejadah tu..tapi saje nak buat..

aku buat dengan perasaan yang berdebar-debar+malas sebenarnya..haha..aku buat sambil lewa jerk..bosan giler buat sorang-sorang.tak ada teman..huhu..tapi alhamdullillah macaroons aku mejadi cuma huduh jerk..tu la malas lagi..hmm..soe la aku tak ada gambo macaroons yang aku buat sebab aku tak ada camera nak amik..hehe..

macam biasa..pentester ramai jerk kat APL ni..haha..dan OMG they said it nice..wau kembang aku kejap..haha..i loike!!!loike gile!!!then now im addicted nak buat lagi..tapi kali ni kena rajin la sebab nak jual pulak kan..hehe..bagi sape yang tak kenal macaroons tu ape..ni ha..moh moh

ha  macam ni la rupe macaroons yang aku buat tak di..tak cantik sebab aku malas nak bentukkan..hehe..next time kena buat betol-betol..tak ley main-main

2011-12-03

letS eat ANd bITE

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

sambil menaip entri ni sambil aku layan the boys from SNSD..haha..sambil tu perut aku berkeroncong minta di isi..huhu..terasa lapar la pulak..dah lah keseorangan hari ni..roomate ku semua tak ada kat bilik..sob sob..tak pe aku tak kesah pun..guruh pulak berbunyi kat luar..hehe..biasa la musim hujan kat malaysia kan..

ok..cube tengok atas??bukan ats bumbung ok..langit ke..bukan bukan..tapiok my new header..haha..amacam??ok tak???baru jerk buat tak di..no ideas sangat..yang tu jerk yang aku mampu buat..haha..i called it as the cookies..why??because i love to baked cookies..aku pun jual jugak cookies sebenarnya..bukan jerk cookies..cake chocolate,brownies ape yang aku boleh buat aku jual la.haha

maklum la kite kena pandai cari pitih..kalau idok..hehe..aku pun skunk tengah nak cari part time job..still in dilemma..tak tau nak keje kat  ne..kalau boleh kerja tu biarlah halal kan..baru lah berkat..insyaAllah..semoga Allah permudahkan jalan...amin amin..

dah lah..aku malas nak taip banyak sangat..bukan nye ade orang bace pun kan..maklumla aku bukan nye fofular sangat kan kan..haha..so have a nice day bloggers..assalamualaikum ....peace

2011-11-28

apa yang aku boleh masak

assalamualaikum w.b.t dan salammaal hijrah semua..masih belum terlambat lagi kan nak ucap..hehe

today aku nak cakap pasal kebolehan aku la..bukan nak riak atau ape..tapi just nak share jerk..sebab dah berkurun aku tak update blog aku ni..hehe..maaf la kalau buat kowunk semua meng'sampah' haha..

ok alhamdulillah masa cuti hari tu aku berkesempatan masak untuk my family..1st dishes yang aku masak untuk dieowunk ialah spagetti..simple spagetti jerk..haha..alhamdulillah dapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak yang merasa..aku biasa la..bab masak memang rajin..tapi bab membasuh tu..let  my sis yang buat..hahahaha
                         yummy..aku rasa macam nak buat lagi jerk..hehe
                              
ok second dishes yang aku masak time aku kat rumah hari tu ialah..kentang putar..haha..alang-alang kentang dah berteraburan kat rumah aku so aku buat la kentang lenyek tu..haha..senang aje..tapi sayang kentang pulak tak empuk..haha..tapi nak buat macam mana layan aje la..telan jerk..haha..ok la...cousin aku pun suke makan benda tu..aku just buat tapi tak suka sangat makan..memang macam tu ea??orang yang suka masak tak suke makan masakan sendiri..tapi aku tengok chef-chef semuanya gemuk-gemuk..haha..
 haha...

the last dishes aku masak mushroom soup..haha..yang ni tak mendapat sambutan..maklumla..kami kan orang kampung...hehe..tekak ni dah biasa dengan masakan kampung..so aku bagi kat jiran aku..die cakap sedap..haha..ape lagi kembang la aku..then kuncup balik..hahaha..mushroom soup sangat senang nak buat..bukan yang instant punye ok..buat sendiri..
 oi.sedapnye aku tengok..lau ada bahan aku dah buat ni.haha

ha..baru aku ingat..kebetulan cousin aku buat majlis kesyukuran..so aku janji dengan die nak buat apam dot dot..memang dot dot la aku..haha..apam ni senang jerk nak buat.macam buat apam biasa jerk..tapi bab nak mengedot tu memerlukan kesabaran..bagi aku la..sebab aku malas sikit bab ni..mujurlah adik aku bantu..
dot dot..

then aku pun boleh buat kek moist chocolate..yang ni selalu aku buat untuk dijual..kadang-kadang naik bosan gak aku..dalam seminggu tu kadang 5kali aku buat..adoi..sangat menyampah..tapi nak buat macam mana..layan..then sekarang aku buat brownies..alhamdulillah percubaan pertama dan menjadi..ni trial dulu..kawan-kawn cakap ok dan insyaAllah akan di promosikan la nanti..tunggu yerk..
my feveret choc cake moist..yummmyy


then chocolate chip cookies yang aku post minggu lepas tu pun aku yang buat..tu pun untuk jualan..adoi yang tu sangat malas aku nak buat..buatnye mudah tapi tibe time nak menguli jadi kecik-kecik tu sangat membosankan..menyampah gile..tapi disebabkan tugas dan tanggungjawab aku so aku buat jerk..layan..

aku malas nak letak choc chip cookies sebab aku baru jerk postkan pasal choc chip tu..lau nak tengok..usha usha la blog aku yang serabut ni..haha..ni la minat aku..dan aku wish untuk ada bakery shop sendiri..tak pown perniagaan yang berasaskan bakery..insyaAllah..

semoga berjumpa lagi..thanx..

2011-11-24

THE coOKies RevEaleD



dah berhabuk..dah berbulan aku tak menghiraukan blog aku ni..haha..dek kerana malas malas dan malas..hm..malas ke???yang penting hari ni aku dah start a new post..haha..

today the cookies revealed...haha...hand made ok..haha..

2011-09-23

the best memory

assalamualaikum w.b.t

alhamdullillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya aku masih bernafas di bumi ini..hehe..and for the past weekend was the most sweetest memory yang aku tak akan lupe..why??because aku dapat isi masa terluang aku dengan benda yang sangat berfaedah..

1st adalah aku dapat join temasya kat ksj..not as the tenage penggerak tapi dapat menjage gerai..dan gerau tu sangat2 memberikan faedah kat aku..gerai yang aku jage tu gerai buku..dan semua buku yang aku jual adalah buku agama dan novel islamik..huhu..sangat-sangat best..banyak ilmu yang aku dapat..dan salah satu buku yang sangat aku idamkan ialah

ni die..ensiklopedia solat..sangat complete..segala ilmu yang terdapat dalam buku ni sangat bergune untk kite dan keluarga..harga ensiklopedia ni ialah rm100..harganya buku ni tak ternilai dengan ilmu yang akan kite dapat..

selain tu,ilmu yang aku dapat adalah jangan letakkan madu kat tengah panas atau tempat panas sebab madu akan melatop..then if nak makan madu kena makan dengan sudu kayu atau plastik...dont it with sudu besi or aloy coz akan menarik khasiat madu tu..

then the most sweetest memory adalah aku menang tempat ke-3 cooking contest with my partner..pfft.main bedal jerk masak tu..1st dish kiteowunk masak ayam merah bersantan..hahaha..then for the 2nd round kiteowunk di berikan task untuk memasak ikan keli..yueh..aku tak pernah sentuh or makan pown ikan keli..so aku bahagikan tugas untuk handle ikan tu kat partner aku..aku lak handle dessert..ikan keli goreng belade n for dessert aku masak choc banana bread with kastard cream..haha..

bestkan..isi mase lapang dengan benda yang berfaedah..rase gumbira jerk..walaupun sangat letih tapi semua tu sangat berbaloii..hehe

2011-09-20

sekian lama

assalamualaikum w.b.t

banyak nye habuk Ya Allah..jenuh la aku nak bersihkan blog aku ni..agaknye dah bebulan aku tak update..kenape?sebab aku malas nak update..terase bosan dan no idea nak post ape..then today aku rase rajin nak post kan something kat wall aku ni..

dan kali ini banyak benda yang aku nak cerite kat semua..but not now la..banyak kerja lagi ni nak disiapkan.alhamdullillah semuanya baik-baik jerk,..so kepade yang setia membace blog aku ini tunggu la dulu ea..nanti aku update segala kisah suka duka yang aku dah lalui..

ape yang baik jadikan sebagai tauladan dan yang buruk sebagai sempadan...aku kan manusia..banyak khilafnya..huhu..ok la..nak siapkan kerja ni..chow chin cau...

2011-08-06

fasting month

assalamualaikum w.b.t

ha hari ni dah 6 ramadhan..dan aku ada 14 hari lagi puase kat perantauan sebelum balik ke kampung halaman...tak sabar-sabar dah aku nak balik kampung..dah 3 bulan dah kot tak balik..dan setelah aku balik nanti bermulalah kehidupan aku yang sebenar seperti puasa-puasa yang sebelum ni..antaranya ialah tolong mak aku buat kuih raya..haha.

biasa la..mak aku ni terima tempahan buat kuih raya..dan yang menjadi mangsa kena tolong die aku la..kadang-kadang adik aku pown tolong gak..antara kuih yang mak aku selalu buat ialah :

ini dia almond london ok..haha..aku tak suke kuih ni..tak sedap..hahaha..kerja aku just mengorek kacang yang ada dalam kuih ni..hahahah..sorry ye ma..terjujur pulak..haha

ni sarang semut...pown aku tak suke makan..tak sedap..hahahahahahahahahaha

ni biskut hati..tapi stail ma aku..yang coklat tu ada kat tengah..comel sikit..kuih peveret ayah aku..haha

sementara tunggu berbuka aku tolong gak ma aku gentel inti die ni..haish tergugat jugak iman aku..biasanya ma aku suke buat sendiri jerk inti die ni..tapi kos nak buat inti ni mahal sikit..sebab nak kena beli nenas yang banyak gula lagi..pewarna n kulit kayu manis..tapi yang bestnye kalo buat inti sendiri boleh minum air nenas for free..haha..then kena marah..hahahahaha

one and only kuih yang paling aku suke..haha..before raya pown dah tinggal separuh..sampaikan ma aku membebel kat aku..haha..baguih no...

biasanya ma aku buat 9-10 jenis kuih raya..tapi aku tak ingat sangat kuih nye..haha..kerepek pown ma aku buat.antaranya popiah nestum dan popiah pedas..dulu-dulu dia suke buat rempeyek tapi skunk dah tak..haha..leceh kot..entah..huhu..popiah gulung pown ada..yang penting time raya rumah kiteowunk kaya dengan kuih..hahahaha..

2011-08-03

menu wajib ketika berbuka

assalamualaikum w.b.t

alhamdullillah..hari ini merupakan hari ketiga aku menjalani ibadah puasa..hehe..ha hari ni nak cakap pasal menu wajib yang perlu ada time nak berbuka kat rumah..pada list yang pertama ialah :

wallah..ini adalah paprik..haha..menu kegemaran aku time puasa..kenape?sebab sedap sangat..haha

kurma..kan sunat berbuka dengan makanan yang manis..betul tak?

the most popular kuih..NEKBAT...haha..tapi aku tak suke sangat...aku boleh la masak benda ni senang gile..bahan nak masak ialah gula,air dan daun pandan..tu jerk..murah kos nye..tiap-tiap hari mesti buat..dan sekarang semua orang pandai timur kecoh nak makan makanan ni..tapi aku?kool jerk..ni lebih kurang macam baulu..tapi lebih kecil sikit dan sebelum masak rasanya tawar.sebab tu kena tambah gula..haha..

see.ya Allah..ni lah ayam percik..sedap..haha..makanan feveret aku dan wajib wajib ada..lau makan tanpa lauk pown tak per..asal ada ayam percik yang memercikkan nafsu makan aku..tapi sayang aku tak gemok pown.slim as tiang lampu..gagagaga


sangat-sangat penting ye..wajib dan terbaik punye..hahahahahahahaha

ni jela kot..malas nak lebih-lebih..aku dah banyak telan ayak liuk ni..haha..

2011-07-31

puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari..bulan puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
|" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan..

LAFAZ NIAT

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.


Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.
Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
  • Orang Islam
  • Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.
Rukun puasa ada dua, iaitu:
  • Berniat pada malam harinya
  • Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:
  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.
Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila (hilang akal)
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).
selamat berpuasa kepada semua ye..huhu

2011-07-28

nak tengok baby kesayangan aku tak?


ni adalah baby aku kat atas katil..hahahaha..sweet tak?bear yang masih berbalut tu ada dengan aku dah 7 bulan..haha..thanx to my junior sebab hadiahkan..haha..aku masih jaga elok lagi..plastik pown tak bukak lagi..
n new bantal golek@peluk hahaha..aku beli kat tepi jalan depan kementah tu..agak-agak comel tak?bole la bagi aku..aku buat penahan semasa aku nak tidur sebab aku suke letak phone,buku,jam kat atas katil jadi aku letak untuk elakkan barang aku ni dari terjatuh ke bawah..kebabooooommmmm


 ni die..selalu tersenyum..tak pernah pown tak senyum.kunk tetibe aku balik die sedih aku lak yang pengsan nye kan..haha
 ni la katil aku..tak la kemas sangat..dalam perancangan nak tukar cadar baru..huhu

 ni meja stady aku..aku gune alas meja BEN 10..huhu..sebab aku suke ben 10..dan ada 2 ekor binatang peliharaan aku kat atas meja ni..satu bintang merah dan satu katak kesayangan aku.hehe..comel gile kot..sentiasa jerk dok atas meja stady aku..

 ha ni die..huhu..froggy n red..hehe...ha dalam balang tu penuh dengan syiling..aku suke la jugak kumpul syiling..senang nak basuh baju nanti..hahahahahahah..tengok la alas meja aku tu..comelkan?

 my new baby.biasa jerk..ikut kemampuan aku..buat peneman aku kala keseorangan..

ni la meja aku..softboard aku...siap ade bunga lagi..hahahaha..note kaki oren tu aku tulis asgment yang kena siapkan dan kena siram pokok tiap-tiap hari..untuk peringatan.semua yang ada atas meja adalah barang kesayangan aku..hahahaha

mcKK part 2

assalamualaikum

pfft part 2..dah macam drama bersiri pulak kan..haha..thanx la kepada yang mengikuti drama pendek aku yang hot lagi top ni....HAHAHAHAHA...ok..mCKK..segalanya bermula apabila aku menjejak kan kaki aku dalam JKM..ape pulak JKM kan..ok..JKM tu ialah JAWATANKUASA KEDIAMAN MAHASISWA..dna aku adalah JKM semarak..huhu..the place where i live..huhu

dan dari sini la life aku bermula..tapi jujur aku cakap aku pown tak ingat bile 1st tyme aku jadi mckk ni..haha..tapi bermula bile aku join jkm la..semua benda dapat aku rasa..huhu..best sangat-sangat..dan sebab jkm la jugak hidup aku berubah..dan aku sukakanya..banyak ilmu dan pengalaman tambahan dapat aku kutip..dan pengalaman tu sangat berguna untuk aku gunakan.sebab ape yang jkm latih dan ajar itulah yang akan di praktikan di dunia luar..dan tidak rugi aku join jkm.

so kepada sesiapa yang masih berada dalam jkm..gunekan peluang yang ada ni untuk rembat pengalaman dan pembelajaran semasa masih berada dalam jkm ni...haha...kenape aku cakap macam tu?sebab aku baru jerk resign dari jkm KSS..sebabnya?hm hanya aku yang tahu..malas nak gtau..rahsia ok..huhu

aku teringin nak jadi macam mahadzir lokman..sebab aku suke suare nye..pfft memukau..then die nie banyak menguasai bahasa dan itu adalah salah satu kelebihan die..huhu...

tak pown macam PAK NIL..nie lagi sorang..sangat versetil..semua bole...berlakon..mengacara..dan skunk jadi dj radio..aku suke die sebab die sempoi,pandai handle crowd,cool,chill and relax..haha..hope can be like him la..or better then him..



hahahahaha.=')

mckk

assalamualaikum w.b.t

mckk..hahaha...ape tu?mc kan orang yang jadi juruacara untuk sesuatu majlis tu..dan dalam 4 hari ni dah 3 kali aku jadi mc..dan aku sangat-sangat letih nak bercakap..lagipun aku ni masih hijau lagi dalam bab pengacaraan ni..masih kena polish lagi la..huhu..kadang-kadang malu jugak nak bercakap depan orang tapi aku dah mula berminat dengan bidang ni..jadi aku layan..

ape yang 4 hari tu?ok first program USR mak ayah datang campus...aku jadi MC...then second program fESC 2011..haha...aku jadi mc lagi..tak berehat tekak aku..dan malam tadi pown program IHYA RAMADHAN pown aku jadi mc lagi..so senang cite..jadual aku padat sebab jadi MC..pfft kalo aku mintak bayaran memang masyuk r..tak r banyak tapi masih bole tampung aku punye ongkos kat sini me..haha..

walaupun sangat-sangat letih tapi aku puas dapat buat ape yang aku suke..aku nak polish lagi ape yang aku ada..insyaAllah harap di permudahkan jalan oleh -Nya..huhu..so kowunk jangan segan dan silu nak ajak aku jadi MC lagi k..walaupun tak sedap mane..tapi ok bole la jugak bercakap kat depan tu...tak la gementar sangat..sebab dah biasa da..just kadang ada jugak tersasul..tapi biasa la manusia kan..huhu

agak-agak bila la saya berjinak-jinak dan bermanja-manja dengan mc ni?ok nanti esok saya sambung lagi..nak makan ice cream la..daaa

2011-07-22

having a supper

assalamualaikum

what im doing now?studying?of coz not..haha..im eating..haha..MCD ok..with my roomate..sangat lapar+tension..and it make me hungry..haha.wanna eat..n solution makan mcd..only choice yang aku ade..walaupun duit dah nak habis..sob sob..so wanna find a solutiion to settle down my financial problems ni..ade yang bole tolong ke?please help me..

huhu..aku just order my feveret makanan la..iaitu BUBUR AYAM MCD LARGE and SHAKE VANILLA...huhu..suke sangat sangat makan benda alah tu..huhu..with my roomate..my friend FAIZ order BUBUR AYAM,SUNDAE AND BIG MAC..fuhyoo..gile r bhai..huhu..sorang lagi HAIKAL order AYAM jerk..diet kot...huhuh..iyoo ooo jerk..haha..

 eat this with some black pepper and sos cili..best..=')

so sekarang tersangat kenyang..perot jerk kenyang..tapi...hati kenyang ke?tak kot..tapi post aku tadi dah cukup untuk aku menjadi seorang yang kuat..jangan menangis kerana dunia ini terlalu hina untuk air mate aku yang mahal ni jatuh..huhu..
ok la beb..tomollow i got a test la..haha..tapi tak stadi lagi..agagagaga..