2011-11-28

apa yang aku boleh masak

assalamualaikum w.b.t dan salammaal hijrah semua..masih belum terlambat lagi kan nak ucap..hehe

today aku nak cakap pasal kebolehan aku la..bukan nak riak atau ape..tapi just nak share jerk..sebab dah berkurun aku tak update blog aku ni..hehe..maaf la kalau buat kowunk semua meng'sampah' haha..

ok alhamdulillah masa cuti hari tu aku berkesempatan masak untuk my family..1st dishes yang aku masak untuk dieowunk ialah spagetti..simple spagetti jerk..haha..alhamdulillah dapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak yang merasa..aku biasa la..bab masak memang rajin..tapi bab membasuh tu..let  my sis yang buat..hahahaha
                         yummy..aku rasa macam nak buat lagi jerk..hehe
                              
ok second dishes yang aku masak time aku kat rumah hari tu ialah..kentang putar..haha..alang-alang kentang dah berteraburan kat rumah aku so aku buat la kentang lenyek tu..haha..senang aje..tapi sayang kentang pulak tak empuk..haha..tapi nak buat macam mana layan aje la..telan jerk..haha..ok la...cousin aku pun suke makan benda tu..aku just buat tapi tak suka sangat makan..memang macam tu ea??orang yang suka masak tak suke makan masakan sendiri..tapi aku tengok chef-chef semuanya gemuk-gemuk..haha..
 haha...

the last dishes aku masak mushroom soup..haha..yang ni tak mendapat sambutan..maklumla..kami kan orang kampung...hehe..tekak ni dah biasa dengan masakan kampung..so aku bagi kat jiran aku..die cakap sedap..haha..ape lagi kembang la aku..then kuncup balik..hahaha..mushroom soup sangat senang nak buat..bukan yang instant punye ok..buat sendiri..
 oi.sedapnye aku tengok..lau ada bahan aku dah buat ni.haha

ha..baru aku ingat..kebetulan cousin aku buat majlis kesyukuran..so aku janji dengan die nak buat apam dot dot..memang dot dot la aku..haha..apam ni senang jerk nak buat.macam buat apam biasa jerk..tapi bab nak mengedot tu memerlukan kesabaran..bagi aku la..sebab aku malas sikit bab ni..mujurlah adik aku bantu..
dot dot..

then aku pun boleh buat kek moist chocolate..yang ni selalu aku buat untuk dijual..kadang-kadang naik bosan gak aku..dalam seminggu tu kadang 5kali aku buat..adoi..sangat menyampah..tapi nak buat macam mana..layan..then sekarang aku buat brownies..alhamdulillah percubaan pertama dan menjadi..ni trial dulu..kawan-kawn cakap ok dan insyaAllah akan di promosikan la nanti..tunggu yerk..
my feveret choc cake moist..yummmyy


then chocolate chip cookies yang aku post minggu lepas tu pun aku yang buat..tu pun untuk jualan..adoi yang tu sangat malas aku nak buat..buatnye mudah tapi tibe time nak menguli jadi kecik-kecik tu sangat membosankan..menyampah gile..tapi disebabkan tugas dan tanggungjawab aku so aku buat jerk..layan..

aku malas nak letak choc chip cookies sebab aku baru jerk postkan pasal choc chip tu..lau nak tengok..usha usha la blog aku yang serabut ni..haha..ni la minat aku..dan aku wish untuk ada bakery shop sendiri..tak pown perniagaan yang berasaskan bakery..insyaAllah..

semoga berjumpa lagi..thanx..

2011-11-24

THE coOKies RevEaleD



dah berhabuk..dah berbulan aku tak menghiraukan blog aku ni..haha..dek kerana malas malas dan malas..hm..malas ke???yang penting hari ni aku dah start a new post..haha..

today the cookies revealed...haha...hand made ok..haha..

2011-09-23

the best memory

assalamualaikum w.b.t

alhamdullillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya aku masih bernafas di bumi ini..hehe..and for the past weekend was the most sweetest memory yang aku tak akan lupe..why??because aku dapat isi masa terluang aku dengan benda yang sangat berfaedah..

1st adalah aku dapat join temasya kat ksj..not as the tenage penggerak tapi dapat menjage gerai..dan gerau tu sangat2 memberikan faedah kat aku..gerai yang aku jage tu gerai buku..dan semua buku yang aku jual adalah buku agama dan novel islamik..huhu..sangat-sangat best..banyak ilmu yang aku dapat..dan salah satu buku yang sangat aku idamkan ialah

ni die..ensiklopedia solat..sangat complete..segala ilmu yang terdapat dalam buku ni sangat bergune untk kite dan keluarga..harga ensiklopedia ni ialah rm100..harganya buku ni tak ternilai dengan ilmu yang akan kite dapat..

selain tu,ilmu yang aku dapat adalah jangan letakkan madu kat tengah panas atau tempat panas sebab madu akan melatop..then if nak makan madu kena makan dengan sudu kayu atau plastik...dont it with sudu besi or aloy coz akan menarik khasiat madu tu..

then the most sweetest memory adalah aku menang tempat ke-3 cooking contest with my partner..pfft.main bedal jerk masak tu..1st dish kiteowunk masak ayam merah bersantan..hahaha..then for the 2nd round kiteowunk di berikan task untuk memasak ikan keli..yueh..aku tak pernah sentuh or makan pown ikan keli..so aku bahagikan tugas untuk handle ikan tu kat partner aku..aku lak handle dessert..ikan keli goreng belade n for dessert aku masak choc banana bread with kastard cream..haha..

bestkan..isi mase lapang dengan benda yang berfaedah..rase gumbira jerk..walaupun sangat letih tapi semua tu sangat berbaloii..hehe

2011-09-20

sekian lama

assalamualaikum w.b.t

banyak nye habuk Ya Allah..jenuh la aku nak bersihkan blog aku ni..agaknye dah bebulan aku tak update..kenape?sebab aku malas nak update..terase bosan dan no idea nak post ape..then today aku rase rajin nak post kan something kat wall aku ni..

dan kali ini banyak benda yang aku nak cerite kat semua..but not now la..banyak kerja lagi ni nak disiapkan.alhamdullillah semuanya baik-baik jerk,..so kepade yang setia membace blog aku ini tunggu la dulu ea..nanti aku update segala kisah suka duka yang aku dah lalui..

ape yang baik jadikan sebagai tauladan dan yang buruk sebagai sempadan...aku kan manusia..banyak khilafnya..huhu..ok la..nak siapkan kerja ni..chow chin cau...

2011-08-06

fasting month

assalamualaikum w.b.t

ha hari ni dah 6 ramadhan..dan aku ada 14 hari lagi puase kat perantauan sebelum balik ke kampung halaman...tak sabar-sabar dah aku nak balik kampung..dah 3 bulan dah kot tak balik..dan setelah aku balik nanti bermulalah kehidupan aku yang sebenar seperti puasa-puasa yang sebelum ni..antaranya ialah tolong mak aku buat kuih raya..haha.

biasa la..mak aku ni terima tempahan buat kuih raya..dan yang menjadi mangsa kena tolong die aku la..kadang-kadang adik aku pown tolong gak..antara kuih yang mak aku selalu buat ialah :

ini dia almond london ok..haha..aku tak suke kuih ni..tak sedap..hahaha..kerja aku just mengorek kacang yang ada dalam kuih ni..hahahah..sorry ye ma..terjujur pulak..haha

ni sarang semut...pown aku tak suke makan..tak sedap..hahahahahahahahahaha

ni biskut hati..tapi stail ma aku..yang coklat tu ada kat tengah..comel sikit..kuih peveret ayah aku..haha

sementara tunggu berbuka aku tolong gak ma aku gentel inti die ni..haish tergugat jugak iman aku..biasanya ma aku suke buat sendiri jerk inti die ni..tapi kos nak buat inti ni mahal sikit..sebab nak kena beli nenas yang banyak gula lagi..pewarna n kulit kayu manis..tapi yang bestnye kalo buat inti sendiri boleh minum air nenas for free..haha..then kena marah..hahahahaha

one and only kuih yang paling aku suke..haha..before raya pown dah tinggal separuh..sampaikan ma aku membebel kat aku..haha..baguih no...

biasanya ma aku buat 9-10 jenis kuih raya..tapi aku tak ingat sangat kuih nye..haha..kerepek pown ma aku buat.antaranya popiah nestum dan popiah pedas..dulu-dulu dia suke buat rempeyek tapi skunk dah tak..haha..leceh kot..entah..huhu..popiah gulung pown ada..yang penting time raya rumah kiteowunk kaya dengan kuih..hahahaha..

2011-08-03

menu wajib ketika berbuka

assalamualaikum w.b.t

alhamdullillah..hari ini merupakan hari ketiga aku menjalani ibadah puasa..hehe..ha hari ni nak cakap pasal menu wajib yang perlu ada time nak berbuka kat rumah..pada list yang pertama ialah :

wallah..ini adalah paprik..haha..menu kegemaran aku time puasa..kenape?sebab sedap sangat..haha

kurma..kan sunat berbuka dengan makanan yang manis..betul tak?

the most popular kuih..NEKBAT...haha..tapi aku tak suke sangat...aku boleh la masak benda ni senang gile..bahan nak masak ialah gula,air dan daun pandan..tu jerk..murah kos nye..tiap-tiap hari mesti buat..dan sekarang semua orang pandai timur kecoh nak makan makanan ni..tapi aku?kool jerk..ni lebih kurang macam baulu..tapi lebih kecil sikit dan sebelum masak rasanya tawar.sebab tu kena tambah gula..haha..

see.ya Allah..ni lah ayam percik..sedap..haha..makanan feveret aku dan wajib wajib ada..lau makan tanpa lauk pown tak per..asal ada ayam percik yang memercikkan nafsu makan aku..tapi sayang aku tak gemok pown.slim as tiang lampu..gagagaga


sangat-sangat penting ye..wajib dan terbaik punye..hahahahahahahaha

ni jela kot..malas nak lebih-lebih..aku dah banyak telan ayak liuk ni..haha..

2011-07-31

puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari..bulan puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
|" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan..

LAFAZ NIAT

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.


Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.
Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
  • Orang Islam
  • Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.
Rukun puasa ada dua, iaitu:
  • Berniat pada malam harinya
  • Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:
  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.
Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila (hilang akal)
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).
selamat berpuasa kepada semua ye..huhu