2012-06-10

di lemma

assalamualaikum w.b.t

di lemma..dah lama aku fikir berkenaan perkara ini.dan masih belum aku temui 'the best job' untuk aku menyara kehidupan aku di UTM selama setahun ini..maaf andai membuat kalian bersangka buruk kerana seperti memperlihatkan aku ini seorang yang memilih dalam pekerjaan..

owh tidak sama sekali..aku tidak memilih.dan sebelum ini aku hanya fikirkan satu untuk menjadi seorang cleaner di UTM.itu bukan lah satu kerja yang haram dan berdosa malah menjaga kebersihan sangat di tuntut dalam islam..namun atas nasihat dari beberapa teman aku batalkan hasrat ku itu..huhu

aku hanya ingin berkongsi tentang masalah yang aku hadapi ketika ini seandainya ada di antara kalian yang boleh memberikan pendapat dan idea untuk aku memilih kerja yang sesuai bagi lepasan spm seperti aku..haha..kalau boleh aku ingin mencari kerja yang tidak mengganggu waktu waktu solat tarawikh kerana ramadhan hampir tiba..huhu..

dah lah..menggedik je lebih aku ni kan..chow dulu..

2012-05-29

bile di minta untuk bercerita

assalamualaikum w.b.t

bile aku di minta untuk bercerita perihal semasa berada di tanah suci selama 2 minggu bermula 12 Mei - 24 Mei 2012 yang lalu.Ini merupakan program GOP yang telah di rangka selama 2 tahun lamenye.aku beranggapan bahawa program seperti memerlukan ketahanan mental dan kesabaran yang tinggi.ingin menjejakkan kaki di tempat yang semua orang nak pergi ni memang sangat mencabar.

namun Alhamdulillah kerana Allah s.w.t sudi menjemput kami untuk menjadi salah seorang tetamu di rumah-Nya yang sangat mulia.dan bile program dah berakhir aku sedar bahawa hati aku masih belum berakhir.perasaan aku masih belum puas untuk berada disana.setiap sujud aku sentiasa terkenangkan suasana semasa berada di sana.huhu..ok aku share la sikit gambo sepanjang kat sane ye..please enjoy.:

 menjalani kursus umrah di travel agency

 setelah sampai di Jeddah Airport we need to wait around 1 hour to start our journey to Medina

 semasa berada di Masjid Quba'

 berada di Bukit Uhud

my dear sisters at masjid nabawi

with students fromUniversity of Medina at Hotel Lobby

the view of masjidil haram..

subhanallah.

people are waiting for solah

im trying to speak for this programme

he gave the food for this camel..hahaha

the wind blow really hard...but the best memory..hehe

botak <3 with kak ros at Jeddah Airport

malunya..tak tahu sape yang amik.saje meluangkan masa dengan membaca al-quran..huhu

masih merindui dan akan tetap merindui..memasang niat untuk membuka perniagaan di sana..mohon doanya ye..hehe

do i need it

assalamualaikum w.b.t

Allah jadikan malam kepada manusia untuk berehat serta untuk beribadah..dan aku pulak sekarang masih kuat dan utuh membiarkan jemari ku menari-nari di atas key board komputer di samping membenarkan akal ku untuk terus berfikir menyusun ayat kemas dan tersusun.maaf jika terkadang bahasa melayu aku ni terabur sikit..maklumla di universiti tiada lagi guru bahasa yang akan membetulkan kesalahan bahasa yang digunakan baik melayu mahupun inggeris..

salah satu punca aku tak bisa tidur malam ini adalah di sebabkan mandi terlalu lambat.mungkin sudah menjadi kebiasaan agaknya..jika di fikirkan semula perlukah aku berkongsi pengalaman itu.huhu..bukan aku tidak sudi tapi terasa sukar untuk di luahkan dengan kata-kata..sukar di jelaskan dengan perasaan.namun alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana sudi menjemput kami untuk menjadi tetamu di rumahNya.

sekarang detik menunjukkan tepat jam 03.01 pagi di malaysia dan 10.02 malam waktu di mekah insyaAllah.rindu masih mengcengkam jiwa.aku rasa bukan aku sahaja yang turut merasakan perkara yang sama.huhu..mungkin menjadi kebiasaan mereka yang di jemput Allah untuk menjadi tetamuNya akan berperasaan seperti kami..harapnya

harapanya juga semoga kami sentiasa merinduinya.nak di jelaskan terasa sukar.nak di luahkan pulak terasa payah.seakan ada sesuatu yang tidak membenarkannya.sejuta kemaafan aku pohon pada kalian..cukupla sekadar perkongsian seperti ini.harap anda mengerti..rindu sentiasa mengcengkam kalbu.namun banyak perkara yang harus aku fokuskan ketika ini.

apa yang telah berlaku biarkan ia berlaku.namun kenangan ini amat sukar untuk di lupakan..jika ada kata yang lebih manis akan aku ucapkan disini.semoga kita semua dapat merasakan kemanisan itu.insyaAllah aku dalam proses mengenal kembali diri aku.mohon tunjuk ajar dari semua ya..insyaAllah bak kata seorang kawan ku di facebook satu ilmu yang di kongsi akan menjadi 2.waa kuasa ilmu..subhanallah..

fuhhh...maaf andai terkasar bahasa..hikhik..ayat baru..katil telah memanggil manggil nama ku..waktu untuk tidur.pada mereka yang sudi membace entry ini.terima kasih ye..maaf jika ayat ini tidak bole bla..haha..memang kadang aku ni puitis sikit..nak nak pagi pagi macam ni..ayat jiwang semua keluar serentak..ya ampun..jangan tergelak jangan ketawa..hahaha..ok la see u di ipt ok..insyaAllah..

miss them all..huhu..=') sweet dreams blogger..cewaahh..walaweehhh..

2012-05-28

just sharing....

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah masih di berikan kesempatan dan kekuatan untuk menulis entry pada hari ni.cuaca pada tengah hari ini sangat baik.di tambah kegembiraan menyambut mahasiswa baharu dari seluruh pelosok negeri yang mempunyai latar belakang yang berbeza.namun mereka semua sama iaitu untuk berjihad menuntut ilmu.semoga Allah permudahkan segala urusan dan niat murni mereka.

namun bukan ini yang aku ingin kongsikan.perkara yang aku ingin kongsikan ialah pengalaman berpuasa di tanah suci.ingatan itu masih segar hingga kini..semoga Allah tidak meluputkan segala kenangan semasa berada di sana..dan semoga Allah kekalkan niat hambaNya ini untuk menjejakkan kaki ke rumahNya..dan semoga Allah sudi menerima aku sebagai tetamuNya.insyaAllah

berbalik kepada tujuan..memori berpuasa di tanah suci sangat-sangat aku rindui.dugaan sepanjang berpuasa di sana sangat tinggi..dengan cuaca yang mencecah 47 celcius kepanasan yang tidak biasa aku lalui sepanjang menetap di malaysia dapat aku rasakan disana.namun aku harus kuat dalam menempuhi ujian yang sementara itu.dan alhamdulillah kami mampu menempuhinya.

air zam-zam yang berada di merata-rata kawasan masjid seakan berbisik lembut memanggil kami..di tambah pada waktu itu kami menjalani ibadah umrah yang keberaka kalinya.namun alhamdulillah kami kuat dan mampu menyelesaikan ibadah puasa kami hingga sampai pada waktu yang paling menggembirakan bagi mereka yang berpuasa.semoga ibadah puasa kami di terima oleh Mu ya Allah..

insyaAllah..no more ideas adiosa amigos..

2012-05-27

kesempatan

assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..terima ya Allah kerana masih memberikan daku kesempatan untuk bernafas di bumi Mu ini..dan masih di berikan kesempatan untuk menyampai ayat-ayat yang tidak seberapa.sekadar perkongsian.saya bukanlah penulis yang bisa menulis entry yang indah lagi puitis.saya juga bukan ustaz yang bisa menulis entry agama dan dakwah dengan bagus.

namun,insyaAllah saya akan mencuba sebaik mungkin untuk menyampaikan apa yang saya tahu.Dan alhamdulillah hari ini saya di berikan waktu untuk menaip sedikit entry atas dorongan diri sendiri.rasanya sudah lama saya meninggalkan blog ini.namun hari ini insyaAllah saya di berikan kekuatan,keyakinan untuk menulis sesuatu walaupun pada asalnya entry saya ini tidak lah menarik.

lagi beberapa hari insyaAllah semester baru akan bermula.dan saya masih meneruskan pengajian seperti biasa.namun terdapat perbezaan pada semester ini.tidak perlulah saya  katakan disini.mohon doa kalian semoga saya kuat dan tabah untuk meneruskan pengajian pada kali ini.tiada lagi teman untuk berbicara dan mengadu.Selain Allah dan ibu bapa,teman-teman seperjuangan telah selamat menghabiskan pengajian mereka.

redha itu ikhlas.insyaAllah..semuanya telah tertulis..sebagai seorang islam saya tidak patut menyerah.namun kekosongan tu masih terasa tanpa teman di sisi.huhuhu..carta kehidupan.setiap pertemuan pasti ada perpisahan.semoga persahabatan yang terjalin dan terbina ikhlas  kerana Allah..

rindu kadang tidak perlu di ucap.sayang tidak perlu di luah..huhu..entah..sampai kat sini je kot..insyaAllah kalau di panjang umur dan ada kelapangan saya akan hidupkan balik blog saya ni..

berpisah dan bertemu kerana Allah..,=')
sang perindu....

2012-04-01

tough month

assalamualaikum w.b.t

waa..it been a few month i not update my post..what a tough month for me..i just need to struggle for my programme..and i need to find a lot of money to organize this programme..sorry i just learn to used english just to improve it..it a long time i not writing in english..hahaha..even it worst actually.haha..sorry..for those who have better english please help me to improve my english..

ok im actually had organize a road to saudi arabia held on 27 april until 7 of mei..but me still running out for money..haha..it cost around rm60k.and now we only have around rm30k..so i dont have any idea where can i find all the money..i've called a lot of company before but still waiting fr comfirmation..i cant wait that long..fuuhhh..can you share your idea??hm..please .haha..

i just more time to think..to struggle for my sponsorship..this programme had postpone for 2 years because we dont have enough money to organize it..hahahaha..and now we are the last group around 12 people of us still in this team to make sure this programme will be succeed...hahaha..it enough then..haha..sorry if i do a lot if mistake in my writing..ok..haha..not really good in english..still learning..

2012-02-06

my books

 baru ade la tahzan 1 dan 2..best bukunye..di kala hati dirundum derita buku ini menjadi peneman dikala duka..cewaahhhhhhh

 love the tajuk..sabar itu indah..sabar itu indah bagi mereka yang menghayati dan memahami pengertian sabar..dan orang yang kuat adalah orang yang sabar..adakah kite tergolong dalam golongan yang sabar??hmm

 masih dalam proses membace..jalan ceritanye menarik la bagi aku..so kalau korang nak tahu macam mana..hm.belilah sendiri ye kat TELAGA BIRU..hahaha

 a lot of memory la buku ni..dalamnye ada tandatangan penulis buku ni..dan sempat bergambar dengan penulis buku ni with my friend,brother and sister..hehe

 one of the best seller tak silap..terjual hampir 300,000 ribu..buku hadis ni menarik sebab ade illustrasi dan penerangan bagi setiap hadis.so mudah la kite nak paham..murah jerk dalam rm23.00..

 renung-renungkan dan selamat beramal..buku yang memberikan aku dilemma..hampir 15 minit jugak aku tercegat je dan berfikir nak beli ke idok..last-last aku amik sebab bukunye menarik..hehe

 one of my peveret writer..so far aku berpuas hati dengan plot cerita setiap novel karangan beliau..best sangat.meruntun jiwe di samping menyampaikan dakwah dalam bentuk novel..hope to be a writer la nanti..hamboiii

 nota hati seorang lelaki..bagus buku ni..so kepada lelaki di luar sane jangan lupe beli ye..semoga menjadi anak,suami,ayah yang baik kepada keluarga..hehe

 suke akan tajuk nye..dan harap suke juge tentang isinya..
insyaAllah

 zikir dan qen q..qen q ni dah lame..best buku ni.padat menarik dan mudah paham..

rasenye dah lame aku tak update blog ni..hoho..maklum la..malas nak menaip..jadi aku biarkan je blog aku ni terus menyepi..hehe..dan hari ni alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menaip sekadar perkongsian kepada semua...so inilah koleksi buku yang aku beli..hehe..kebanyakkannye menggunakan vaucer buku yang ade..

rasenye macam sikit je kan koleksi buku yang aku ade..rasenye macam nak beli lagi tapi apakan daya vaucer buku dah habis..huhu..sedihnye..kalau tak semua aku nak borong..kebanyakkan buku aku beli kat EKSPO BUKU di PWTC yang berlangsung pada 1-6 februari..aku pergi sane 4 hari berturut-turut..so mean aku asyik keluar je minggu ni..arggh..penat gile..hehe...tapi puas hati sebab dapat beli banyak buku..hehe

aku pun tak sure ade ke tak lagi koleksi buku-buku yang aku ade..yang aku ingat ni je la..hehe..maaf ye..saje nak kongsi..hehe..so korung yang belum gune lagi voucer buku tu jangan lupe beli buku yang berbentuk ilmiah ye..insyaAllah ilmu yang ade dalam buku-buku tu kite kongsi bersama..sharing is caring..hmm.yela tu..

ok la..melalut terlebih pulak dah..enjoy your holiday..haha..assalamualaikum ye..